Friday, December 13, 2013

Awesome rupanya sang Praktikal itu

 
 
Bismillahirahmanirahim . syukur . Alhamdulillah . Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku di luar jangkaan manusia ^^
 
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya . Doaku telah dimakbulkan olehNya . tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata tatkala mendapat sekalung rezeki itu Allah . Oh Tuhan , Kau yang Maha Tahu . Ku pinta kekalkan rasa ini sehingga hembusan nafasku yang terakhir . Apa yang dihajati telah menjadi kenyataan . tahniah untuk kawan kawan sebatch ku. oppss ! terMalayOmputeh pulak dah . biar la . yang penting di sini , I realised and I can breath easily now . pernah pulak aku susah nak bernafas kan . oitt ! pernahlah . masa selsema . HeHe .

mesti peminat setiaku nak tahu kan apa la yang aku hepy sangat ni . eh biarlah rahsia . HuHu . ermmm . jom sambung cerita pasal praktikal . gedik sikit takpe kan . alkisah sebuah ceritera .
 
...............................
 
masa hari pertama dan kedua aku disana , hanya Allah saja lah yang tahu betapa aku menyampahnya benda yang dinamakan PRAKTIKAL ni . akupun tak tahu apa objektif sebenar nak adakan praktikal segala bagai ni . kenapa bengap sangat aku masa tu sampai takboleh nak fikir objektif tu semua pun aku tak tahu . yang aku tahu pada masa tu aku betul betul lost . hilang hala tuju . aku lupa yang aku ada Allah . ada Tikah . ada sapa sapa la yang nak care pasal aku . aku lupa semua tu . sampaila satu masa aku menemui satu hidayah iaitu KEIKHLASAN . dalam nak mendidik ni kengkawan , hati kena ikhlas kerana Allah . bukan hanya untuk mendapatkan pujian semata mata okayyy :D so , sekarang aku mulai sedar betapa bernilainya titisan air mata kerisauan itu . rupanya Allah gantikan dengan keputusan yang awesome :)) . Alhamdulillah .  
 
 
 
hari ni 14/12/2013 . tiga hari yang lepas 11/12/2013 . tarikh tu sejarah bagi kami sekeluarga tau . dah hampir 8 tahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga . Allah  ) ;  rindu ayah sangatsangat . aku nak ayah ada disamping kami . aku nak kasih sayang ayah bersama kami . aku nak share kegembiraan ni bersama ayah . aku nak ayah tengok aku grad , pakai jubah grad . bergambar diiringi ayah dan mak seperti manusia lain . aku nak semua tu . aku nakkkkk ! tapi semua tu tak mungkin akan berlaku :( 

Ayah . In Sha Allah , doa kita sentiasa mengiringi ayah di sana . walaupun kubur ayah jauh dari kami , percayalah bahawa senjata kami kuat untuk mempertahankan ayah disana . semoga kita dipertemukan lagi ayah . amanlah ayah di sana . Alfatihah .

pesanan : TQ to all . doakan kesejahteraan family dan jodoh saya .
Till then , Assalamualaikum :)
 
 

Wednesday, December 4, 2013

I'm the senior !

Bismillah . Alhamdulillah . Subhanallah . Amen Ya Allah . Ku panjatkan syukur tanda kurniaan nikmatMu yang melimpah ruah tanpa dipinta . Allah ! Maha Pemurah semesta alam :')

Now , I already finished my practicum session .8 November 2013 . Alhamdulillah . Kalau dulu , takotnya hanya Dia yang tahu . tapi kini , segalanya sudah selesai . finished . fullstop ! terima kasih kepada yang mendoakan diri yang lemah ini . diri yang penuh dosa terhadapMu Ya Rabb .
SMKKBSR . Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si rusa . rupanya kita berjodoh . berjodoh untuk aku mencurahkan bakti walaupun sekejap . seronok , gembira , sedih , terbeban , dan segala bagai perasaan seorang guru sudah tertanam di sana mungkin . kini , aku panjatkan doa semoga penat lelah kesedihan aku dapat dibalas dengan mendapatkan A+ dalam semester 7 ini . eh ! walau bagaimanapun , keikhlasan di sana tak dapat digambarkan dengan kata kata . rakan rakan guru , pelajar pelajar disana In Sha Allah telah menjadi kenangan semuanya . semoga doa menjadi penghubung antara kita . and the rest better I give to Allah SWT .

students . thanx kerana memberi kerjasama sepanjang aku menunaikan tanggungjawab disana . walau ada masanya hati ini merasakan down semata mata sikap mereka yang sangat sambil lewa menuntut ilmu . bising dan segalanya yang membuat diri ini hampir mengamuk setiap hari . Huhu . memang menguji ketahanan mental dan fizikal nak nak lagi masa awal praktikal adalah bulan puasa . sabar je la kan . 

" orang yang kuat itu bukanlah orang yang tidak dapat dikalahkan ketika kelahi , tetapi orang yang kuat ialah mereka yang dapat mengawal dirinya ketika marah"
so , sabar . setiap manusia melakukan kesalahan dan sebaik baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat . semoga yang berlagak tu ehem ehem telah menemui jalan keluar dari kepompong tersebut . Haha .
adakalanya , hati ini merasa janggal tatkala ada suatu hari apabila masuk ke kelas , mereka diam . patuh kepada arahan . alhamdulillah . hati ini berbisik . kalaulah hari hari macam ni kan bagus . tak payah nak jerit hari hari . 

" Maka , dengan rahmat Allah engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka lari dari sekitarmu. " 
Surah Ali-Imran : 159 

jadinya tak salah kita berlembut dengan mereka sesekali tu . sangat tak suka ada sesetengah guru bercakap kau aku dengan anak anak didik mereka , kalau aku , mesti dah terasa . ish ! okay stop la cerita pasal sekolah . kesimpulannya , disana la terciptanya nama Cikgu Ros . Ustazah . Cikgu Siti . cantik sungguh doa kalian . Terima kasih :') aishhh ! terkenangkan mereka tiba tiba : D

1 futuristik
suprise tiba tiba . terima kasih :')

2 Bestari

sekarang . going back to the main topic . that is I'm the senior ? yes. i am . whooaa ! just have one sem to go . ang then grand . then , i' getting married , then , blablabla . okay stop dreaming la cikgu Ros oi . jauh lagi perjalanan . impian sendiri pun tak dapat lagi . nak fikir yang bukan bukan ye dak . so , just pray pray and pray . Allah knows better . Hee 

Banjir ! 5 Disember 2013, 30 279 orang setakat ni mangsa . Pahang memang besar sungguh banjirnye tahun ni . dugaan Allah . terima dengan hati terbuka tatkala kurniaan nikmatMu silih berganti . apabila tibanya musibah banjir ini , semua manusia gelisah , meratap dan mengenang nasib apakah dosa yang telah dilakukan . muhasabah diri itu lebih baik dari segalanya . solat hajat . minta padaNya keteguhan hati , kenikmatan iman dan keredhaan untuk terus bersyukur dengan segalanya . amin~

Till then , terima kasih kepada rakan cikgu yang banyak membantu . guru pembimbing . cikgu cikgu Matematik . bangga dengan kalian .
semoga kita redha dengan semua dugaan .
Assalamualaikum :)

 

Thursday, June 13, 2013

15 Julai 2013


Selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan para sahabat . semoga kita turut sama mendapat shafaat dan barakah dariNya :)

Alhamdulillah untuk pengakhiran Semester 6 di UPSI .
belum terlambat rasanya untuk mengucapkan syukur kerana dapat menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan jayanya .In Sha Allah .
terima kasih kepada yang banyak memberi dorongan yang kiranya tidak dapat dibalas dengan wang ringgit . hanya doa yang dapat aku balas . chewah . gituuu .

yaa ! walaupun final exam dah berlalu , tapi kegusaran masih lagi bertakhta di hati tatkala menunggu debaran keputusannya . ye kan ? almaklumla , semua rezeki kebergantungannya hanyalah kepada ? kepada siapa ? kepada Allah SWT . semoga segala usaha aku selama ini dibalas dengan setimpal . Amin. 

Kehidupan pulak ? sekarang hanya tunggu dengan sabar . tunggu apa ya ? macam-macam habaq hang . tunggu orang masuk meminang , tunggu nak kawen . tunggu ... entah la . haha

Actually , i not waiting for all of above . saya hanya tunggu apakah takdir saya yang seterusnya yang bakal berlaku keatas diri insan yang kerdil seperti saya. harapan aku hanya satu . semoga Allah turunkan rezeki kepada diri ini . tanpa Dia , siapa aku ? siapaaaa ?!! ( aku bukan siapa-siapa )

mak aihhh , tak lama dah 15 Julai .. rilex rilex . sebulan lagi haa. sebulan pun, pejam celik pejam celik dah esoknya 15 Julai . yedak ? what ever it is , semoga aku tabah menjalani dunia baru ku nanti . semoga segalanya berjalan lancar seperti apa yang dihajati . Allah , bantulah aku . Moga semua kesukaran digntikan dengan kesenangan :)

Ada juga tersingkap perasaan jelous uuuu kat kengkawan yang dah berharta sendirik tu kan . ada yang dah pakai keta . ada umah sendiri (ada ka?) propa~ 
ada yang dah berfamily . yang dah nak kawen . tunggu masa orang datang merisik .. semua tu la . jeles la jugak . tapi aku hanya fikir satu . fikiran ku perlulah positif . kann ? takdir hidup manusia Allah dah tetapkan . masing masing mempunyai jalan cerita tersendiri . aku dengan ceritaku , dan kau dengan cerita kau . siapa kita ? hanya hamba yang mengharapkan keredhaan dariNya . hee.

Till then , chill and never give up :)
Doakan yang terbaik buat diri ini . 
Assalamualaikum :) 

Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu Mak

. Alhamdulillah untuk hari ini dan selamanya .
Di facebook , kebanyakan status berbaur kesedihan angkara esok adalah hari ibu . tapi bagi aku , sebenarnya tiada hari yang khusus untuk seorang ibu . hari-hari adalah hari yang patut diraikan untuk ibu kita . biarlaa mereka . aku dengan prinsip aku . dah sangat lewat untuk menelefon mak . aiyoo . kenapa tadi tak call . syahdu pulak tiba-tiba . aku fikir mesti mak pun sedih kalau anak-anak mereka tidak ungkapkan perkataan Selamat Hari Ibu kepadanya . mesti punya . aku tak kata mak berharap . tapi seorang ibu mesti mahukan penghargaan dari anak-anak mereka .
mak .
kita bukanlah seorang anak yang cukup hebat di mata mak .
tapi yakin la, bahawa anakmu ini sangat ingin membahagiakan mak dunia dan akhirat .
tiada hadiah yang lumayan dapat diri ini berikan selain sebuah kejayaan serta bekalan kasih sayang dan perasaan hormat kepada mak .
iringan doa akan sentiasa diungkapkan sehingga akhir hayat kita mak .

terima kasih kerana membesarkan kami .
tanpa mak , sapa la kami di dunia ini .


mak seorang yang sangat tabah . tak pernah aku melihat air mata mak mengalir . semoga mak sentiasa dirahmati dan diredhai selalu olehNya .

rindu arwah :' ( 

aku doakan mak dan abah sentiasa dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh . 
Ya allah , kau masukkan ibu bapa ku ke syurga mu . 

till then , Assalamualaikum 
 pesanan : tanpamu , aku bukan siapa-siapa .


 

Thursday, April 11, 2013

Pengalaman


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanNya dapat lagi kita bernafas di bumi ini . Alhamdulillah~

Aku ni takda la nak semua baca setip kali entry aku post . sebab aku tahu aku bukan seorang blogger yang best lagi menarik . HaHa . 

Actually , nak berkongsi sedikit pengalaman yang aku kira takda available lagi di kedai kedai makanan mahupun pasaraya yang megah megah di muka bumi Allah ni . ada pulak orang jual pengalaman . dah pelik sangat la tu kan . pengalaman adalah something yang kita akan kenang seumur hidup kita sama ada pahit atau manis . itulah yang dinamakan pengalaman . elayes kenangan . indah atau buruk sesuatu kenangan , InsyaAllah, ia akan berlaku sekali sahaja . tiada yang kedua. kalau terasa macam pernah alami event yang sama tu kita panggil DEJAVU la pulak kan . HiHi

Al kisah tersebutla kisah .....

Now , Im done my KPD assignment for this semester . yeay ! . that was my best ever experience I want to share with uolllss .

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .

ada tiga semuanya assignment yang aku kira sangat lain dan menakutkan bila mana setiap daripada kami terpaksa laksanakannya by individu . tak kisah la individu tu . yang aku kisah setiap daripada kami perlu mengajar di hadapan kawan -kawan  . YaAllah , mula dah rasa down tiba-tiba tanpa unsur periksa . overr sangatt kan .HiHi. Assignment yang ke tiga tu yang sangat menakutkan sebab kitorang dikehendaki cari satu sekolah yang dapat menerima insan yang tak seberapa ni dan kami kena mengajar selama 40 minit . dengan penuh keyakinan yang jitu, gigih dan amanah yang ditanggung ni , alhamdulillah Sri Ayesya Islamic School menjadi pilihan aku dan 3 orang rakan yang lain . terbaik la kau sekolah . 

Mengajar  , mengajar dan terus mengajar . baru aku tersedar mengajar kawan-kawan sendiri sangat tak sama dengan mengajar real student yang mempunyai pelbagai karenah . bila tengok balik video part aku mengajar tu , YaAllah.. menyampah dengan diri sendiri je rase .HaHa . this is because aku sangat tegas kot dengan murid-murid .macam tak ada sifat kasih sayang langsung pun ada . ini kata aku . kata kau pulak aku tak tahu la .sebelum orang judge , baik aku judge diri aku sendiri dulu . takpa la. benda dah lepas . yang penting mengaku kesilapan dan berjanji pada diri sendiri nak jadi insan yang penyayang dalam apa jua keadaan sekali pun . In Shaa Allah . Ameen . korang , doakan aku yep . Thanx.

Okeh , sambil menyelam minum air kan . kami sempat jugak la abis kan masa bersama-sama dengan tujuan semoga ukhuwah yang ada ini dipertingkatkan lagi . supaya masing -masing dapat mengenali satu sama lain . poyoo je ayat ni . aishh .

first time naik komuter same-same nak pegi bangi .


aku rasa kita akan lebih bersatu kalau kita beriadah or something like that la . ade sepotong hadis tu 
cakap pasal kalau kita nak kenal sahabat kita, bermusafirlah bersama-sama mereka . 


dan yang last but not least , ini !

kaya kaya semua student ni . xpe la , nak menuntut ilmu x kira kaya miskin .
I think ini sahaja yang dapat aku kongsikan . ada masa saya share lagi .
Pesanan : mengajar dan belajar dua benda yang berbeza . ejaan berbeza . belajar bosan mengajar seronok . HiHi . sapa setuju . LIKE . (tekanla kalau boleh)

Till then , Assalamualaikum wbt .




Sunday, March 31, 2013

T_T

sudah lama tidak berblog . banyak sebenarnya perkara yang ingin dikongsikan . tapi mungkin kekangan masa yang menjadi halangan untuk aku meluahkan . takpe . kata orang obstacle itu ada baik buruknya . terima seadanya .In Shaa Allah . moga allah sentiasa redha :)
ermm . ingin rasanya menjadi seorang yang paling kuat diantara yang terkuat . aishh . pelik sangat kan bunyinya . tapi , itu lah . tepuk dada , tanya iman . apa sudah aku lakukan sebagai khalifah di bumi Allah . apa ? Ya Allah , berikan aku kekuatan . Semoga aku terus istiqamah . Payahnya . payah bagi orang yang tidak bersyukur .
Adakah aku diantara golongan tersebut . Bangkit . bangkit dari terlena . bangkit dari mimpi di siang hari . fokus ya Ukhti . kau tabahkanlah . aku ingin menjadi seperti muslimah diluar sana . aku amat dambakan kasihmu Allah .
Sedarkanla aku . aku insan yang lalai .

Monday, March 4, 2013

Harapan Tinggi Menggunung


Andai bisaku mengulang 
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti tapi detik tak kembali 
harap ampunkan hambaMu ini 
( oke , takdak kena mengena )


Gambar ni jugak besar kemungkinan takda kena mengena jugak tapi with pleasure nak jadikan gambar ini sebagai penyeri bagi entry hari ini . hiks!

dah masuk minggu ke 3 dah pun semester ke 6 di UPSI . dah berseronok stay di rumah aka kolej baru ni haa yang berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa kata kau . Haha . memang tak boleh blaa cerita disebalik tapak universiti kami ini . sama ada ia satu rumors atau tak , tak mengapa . yang penting aku dah macam nak percaya je cerita geng kaki gosip ni . kihkihkih . Alhamdulillah , aku panjatkan syukur ke hadrat Mu Ilahi kerana memakbulkan doa kami . dapat jugak merasa tinggal serumah dengan mereka mereka yang bagus lagi menawan tambah hot hot belaka . Thanx for choose me as your ousmate . ayat tak menahan .. okeh , kita sama sama apply , then permohonan diterima .oh yeah ? ooooyeahhh . and by today , everything just flow smooth and I hope the other days we counting together will be end with joy and cheerful for us . right .

sekarang , aku officially dah 23 tahun . dah tua you . semoga pertambahan umur ni bertambah juga amalan di dunia ini sebagai persediaan di alam akhirat . just look forward and we will find the ways. sebelum masuk sem , dah siap siap hide kan tarikh birthday kat FB dengan harapan tak ada sorang pun antara kamu akan ingat tarikh ni . but I failed . Haha .  takpe takpe , Im just really appreciated to those who remember my day . ada yang tengok kat skype . ada jugak yang dah memang set tarikh tersebut . haha apa apa aja la . yang penting ayat aku memang bajet giler la haii .. macam hotsetaappp je kan .. kan ?

ni nak tunjuk sesomething ni .


dapat kad pun dah dikira satu penghargaan di atas keprihatinan kalian . thanx a lot .

nak dicerita kan apa lagi ni ? haa , PRAKTIKAL . ohh berdebar sungguh nak tunggu saat itu . buat mikroteaching kat kelas sendiri pun dah macam nak luruh jantung hati dan limpa ni apatah lagi nak jalankan praktikal di sekolah . Sekolah you . ramai anak murid yang macan macam ragam tu . Ya Allah , permudahkanlah urusan kami ini . lagak macam esok je nak buat praktikal kan . haha . esok tak esok . walau jauh mana lagi satu penantian tu kau kena hadap jugak tau . nama pulak penantian .so kena face it one day . Bulan 7 . dah tak lama .sekarang masa bergerak terlalu pantas .ibarat macam kau tido petang . sekejap je rasanya dah masuk Maghrib . haa tak gitu ? =,= .. semoga semuanya berjalan dengan lancar . sentiasa dengan sifat redha in any conditions you are . bakal cekgu kan . In Sha Allah ..

Dah macam panjang lebar dah kupasan kali ni . sebenarnya gambar first kat atas tu gambar kami jejalan di KLumpur sempena nak perabih baucer buku . Times square jadi pilihan di hati . nak kata seronok tu seronok la jugak walaupun hanya fifty percent buku fifty percent stationary boleh beli . hampeh . baru ada feel nak mengarut nak beli macam macam tapi tak kesampaian niat tersebut . kita tunggu je la . baki ada lagi RM150 . hehe .

Pesanan : decide properly for your future days .
Till then, Assalamualaikum :)


Wednesday, February 13, 2013

Semoga Berbahagia Selalu


Semoga berbahagia selalu kawan kawan yang telah melangsungkan hari bahagia mereka . dan semestinya hari tersebut menjadi satu sejarah yang tidak akan mereka lupakan . In Sha Allah . ye kan ? haa ye kan aje . semoga berlangsungnya majlis perkahwinan mereka ini akan menjadi satu titik permulaan kebahagiaan yang di impikan . chewaahhh :) haa kau , aku doakan semoga baik baik aja till Jannah . hepi untuk uolls :)

Nak diceritakan , aku turut mengambil kesempatan di atas majlis perkahwinan mempelai . kawan kawan . punya excited nak pegi rumah mereka . almaklum la dah lama tak merasa nasi minyak opor daging ayam masak merah dan jugak acar rampai kenduri kawen ni kan . dah la excited , makan pun tak boleh blaa excitednya jugak . Syukur . Alhamdulillah . dapat makan free . huu ~

Alhamdulillah , kawan sekolah merangkak clasmate sekolah menengah aku dah melangsungkan perkahwinan nya . Tahniah Farah hanis Samsu Bahari dan pasangannya . semoga berbahagia sampai syurga . Tak sangka dah kawen kawan aku sorang ni . berkat keexcitedan aku tu , sempat jugak aku dan kawan kawan sekolah bertandang ke rumah farah dan melihat sendiri pengantin baru ni depan mata kami . Hehe . bukan senang dan susah untuk kami berjumpa . Last jumpa pun masa ambik result exam tu . lama tak lama kata kau . 

ini gambarnya di rumah farah .pengantinnya sedang bersiap nak dipersandingkan . so takde la dalam gambo ni . harapan : semoga farah lekas dapat anak yang wajahnya comel macam ibunya jugak . Ameen .

Seterusnya , jemputan perkahwinan anak jiran kami . aku pun tak sure mengapa aku boleh terlibat sama mengundangi diri ke majlis seperti ini . nak ambik berkat barangkali . majlis mereka overall nya alakadar sangat tapi meriah sebab ramai jugak yang datang . orang kuat kampung kami lagipun . wane hijau pucuk pisang . tak bersanding . sebab tak nampak pun pelamin . Ustaz dan ustazah . Alhamdulillah , sejuk mata memandang . bakal mengikut jejak mereka. Barakallah :) 

Gambar gambar perosak majlis .



yang ni pulak agak agaknya sapa yang kawen dulu . macam yang kiri tu . kwang3

Haha . tak da satu pun gambar mempelai . takot tuan punya badan tak mnegizinkan pulak . ceh . ini semua poyossss !
pesanan : semoga saya bertemu jodoh cepat3 .
Till then , Assalamualaikum .





Wednesday, February 6, 2013

Redha Itu Jalan Terbaik

Yup . Redha itu harus . mungkin pahit untuk ditelan tapi perlu untuk redha . semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya . percaya pada yang Satu . ayat mestila nak lagi tersirat supaya sapa2 yang baca ni tak tahu menahu hal sebenarnya kan . tak gituu ? haha . jangan nak membongak . hiks! 

Then , perjalanan perlu diteruskan walau pelbagai badai datang melanda . shuh2 ! nyah kau . sebenarnya sedih . sedih sebab apa yang dihajati tak kesampaian . but i'm still okay . biasa la . tu semuanya dah tertulis . the rest just pass to Allah . hermmm . kenapa ? kenapaaaa . apakah semua ini .? aduh duhduh . lantak kau la . yang penting aku dah usaha .
haa kan dah geram .
YaAllah T_T

Next sem dah melangkah ke Semester yang ke-6 . YaAllah , sumpah dah tak sabar nak habiskan saki baki semester yang tinggal tu . semester 6 mungkin lebih bahagia kalau nak dibandingkan dengan semester semester lepas . sebabnya satu ja .. haha . sebab jadual semester 6 nanti tidak begitu pack sangat sangat . yahoo google messanger yabedabedu . errkkk Alhamdulillah . jom kaumtim apakah aktiviti yang paling 
berfaedah selain tido untuk masa masa terluang nanti . heheh . ni haa jadual kesayangan .

see . memang seronok sangat lah . 

Tak sebenarnya  yang sebetulnya agak frust jugak sebab tak semua kelas sama dengan member kamcing gua . tak mengapa , yang penting belajar niatnya kerana Allah . tapiii ..aih banyak tapi tapi pulak . tapi macam tak seronokla kan kalau tak sama dengan sahabat kita yang rapat . tak boleh nak bergurau senda bagai tu semua . bosan tau . nak berloyar buruk gelak ketawa dengan sapa . no other can replace who are person that we named it as our bestie . kan ?
 

tak mengapa la .kesudahnya sampai bila . belajar untuk berdikari . cakap nak jadi guru yang cemerlang , gemilang , dan terbilang kan . so sahutlah cabaran tu . Now just counting for the day lefted . about 2 weeks more . UPSI waiting for me . nak berjuang di bumi Murabbi itu . hee . haa dah la . rasanya sampai sini saja . dan tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan lama yang telah lama ditinggalkan . moga semuanya berjalan lancar nanti . weee .

Pesanan : Tak kira la susah mana sesuatu perkara tu , kalau kita doa dan tawakal . pasti ada jalan penyelesaian . :)
Till then Assalamualaikum :)

Wednesday, January 23, 2013

Niat


Hurm hurm hurm ... hidup kat dunia ni kena kuat tau . tak boleh nak selalu down je . Allah Maha Hebat . perlu ke percaya pada hukum karma ? aish ,, not really kot . i dont respected to those who believes it . semua sudah ketentuanNya . kita sbagai hambaNya harus menerima Qada' dan QadarNya .. yedak ?

Okeh , apabila kita melangkah satu fasa ke satu fasa dalam kita meraih perjalanan hidup ni , sometimes it goes to sadness and sometimes to happiness . kemana condongnya diri kita, disitu la kita patut terima dengan hati terbuka .. hidup kena matang untuk berfikir secara waras . yeah ! ceh , buat penulisan ilmiah pulak dah aku ni . nothing weird . pelik jugak . saja nak kerahkan tenaga otak ni suruh dia bekerja sikit tengah tengah malam macam ni . 

Dah hampir 3 tahun bergelar pelajar U . tiada apa apa berubahan pun kan . rasanya baru je semalam daftar , dapat masuk kolej , dapat kawan baru , belajar sebagai seorang pelajar universiti .. dan sekarang dah hampir 3 tahun . Ya Allah cepatnya masa berlalu . besuka ria bersama rakan rakan yang memahami . sometimes, terasa dengan mereka dan masa tu terasa bodohnya diriku .. ouuuhhhtt . Alhamdulillah boleh hadapinya dengan tenang sekali .  dannnn terasa ingin mengulangi kembali detik detik indah bersama mereka mereka yang memahami . InsyaAllah , aku ada setahun lagi masa untuk bersama dengan mereka menjalani kehidupan sebagai sahabat di universiti . Moga baik baik aja :)

Bermula saat aku melangkah untuk jejakkan kaki ke alam universiti, tujuan utama aku mesti sebab keluarga ( lillahhi Taala ) .. keluarga kedua sebenarnya . nak ubah nasib keluarga . Yes, i am . maybe orang di sekeliling melihat kami seperti biasa , tapi hanya yang tahu dan lalui terpaksa menelan perit jerih kehidupan sebenar . Ya Allah kuatkan hati ini untuk menempuh segala dugaan dariMu . Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat baik , yela tiada ibu yang jahat kan . setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak anaknya . terima kasih mak kerana berjaya mendidik aku menjadi insan seperti ini , walaupun terdapat banyak kekurangan , tapi mak berjaya mencorak diri ku menjadi seorang manusia. Ayah . Arwah ayahku adalah hero kami . Ya Allah, begitu cepat engkau menarik nikmat pinjaman kasih seorang ayah dari ku . aku tidak dapat  merasai sepenuhnya kasih sayang seorang insan yang bergelar ayah . rindunya . Semoga kami bertemu di sana nanti . amin . kejayaan ku yang bakal menyusul nanti juga untukmu ayah :(  tak lupa juga 10 orang adik beradik ku yang senangtiasa menjadi nadi untuk aku terus bergerak ke hadapan . terma kasih !!

Aku berjanji kepada diriku sendiri , aku akan memuliakan ibu bapa ku selama mereka hidup mahupun telah meninggal dunia . semuanya dengan izin Allah . Kuatkan aku .

Sesi meluahkan ke hapee  ni .. entahla . Hidup mesti ceria beb !
tapi mana kebahagiaan tu ? cepatlaa datang sini ..
InsyaAllah ia akan hadir tepat pada waktu dan masanya .
waiting for it .
seriusly, I cant be alone to undergo my life ..
Allah dah janji kan setiap manusia berpasang pasangan ..
Jodoh tu rahsianya sama ada cepat atau lambat je ..
Sapa lah insan yang bertuah itu ...
tak sabar nak sayang pendampingku ..
Huhu . nakal sikit takpe kan .. 

Jeles ke tengok kawan kawan yang dah berpunya tu ? jeles kalau dorang dah berpunya dengan cara yang halal oke !. Pernikahan . setakat ni tak da la pulak yang bertanya " bila nak kahwen " . " dah nikah ke belum " . sebabnya mungkin aku tak sematured soalan yang nak ditanyakan tu . takpe aku percaya dan akan terus percaya dengan ketentuan Ilahi . I can adapted it by myself although ramai jugak kawan kawan sama ada muda mahupun tua dari umur ku yang dah melangsungkan hari bahagia mereka . Syukur untuk itu . Mabruk .  Mak penah pesan jangan nak gatal gatal waktu masih belajar . kalau dah keja tu ehem3 , mak bagi lampu hijau masa kerja untuk fikir semua hal masa depan . perhaps . I do what u want mom :)
Doakan sy . 

Masa depan . nak cari duit banyak banyak . nak bahagiakan mak . just only that . my mom is number one for me . same goes to you right ? tak sabar nya . panjang kan umur ku dan insan yang aku sayang . 

Okeh . berhenti untuk berangan . tak ini bukan angan angan tapi ini adalah impian . tak salah untuk mencipta impian dan secara slow slow kita akan bergerak kearah apa yang kita hajati itu . betul tak .. :)

Till then , Salam Maulidur Rasul kepada anda semua 
( 12 rabiulawal 1434H )
Perbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad saw .


Sunday, January 6, 2013

Selamat Tinggal Semester 5

Bismillahhirahmanirahim
Syukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMu ini
'
'
yeah !!!!!
 ops 
Alhamdulillah
Say gudbye to Semester 5
Pelbagai onak ranjau berduri kami tempuh
its normal as a students
sometimes, air mata penemannya juga
fuhh !
but today, is the best day 
HAHA
Last paper ..
setelah berhempas pulas menyetadikan diri
mengspot soalan macam macam
ada yang keluar ada yang x keluar 
and the rest gave to Allah
Redha and Tawakal
Then
this is the time I waiting for
Balik kampung !
Hoorayyyy !!
Buat sahabat sahabat di kala susah dan senang 
chewah 
thanx for always besides me 
Maaf jika ada terguris perasaan kamu semua
saya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan
wah gitu~~
Saranghee <3
selamat bercuti ya kawan-kawan
jaga diri , hiasi peribadi .
I gonna miss every moment we had together
 * mintak curi gambo ye cik *

Satu lagi lah 

zeyra . mira . tikah
*berharap hajat kita untuk duduk satu rumah terlaksana dengan  jayanya semester hadapan*

Hati hati pulang ke kampung