Sunday, May 13, 2012

For You


14 Mei 2012

Semoga setiap perbuatanmu sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya


tak wish bukan bermakna lupa ..
bukan juga abaikan kamu ..
you choose to be like that ...
I'm just follow ...
* sedeh kalau betol2 lost contact .. mau ke ? *

nothing to say ..
( tutup lagu kat bawah 2 dulu sebelum tgok video ni )
pastikan intenet pada waktu ni laju :)


video

A warm wishes to u :
 whatever  you are ...
whatever you do ...
I will always support you :)
friend forever .
 I Miss U   T_T
 ~ Salam .






Friday, May 11, 2012

seronok


Salam penuh barakah semuanya .. ameen .
terasa ingin berkongsi sedikit keseronokan tadi .
masih diberi kesemptan oleh Ya Rabb untuk sama-sama mengikuti forum kat kampus .
Alhamdulillah , syukur dapatku panjatkan .

forum yang bertajuk ' Aurat dijaga Syariat terpelihara .
pengisiannya mestilah berkenaan aurat dan syariat .
Insaf .
Sayu .
Moga diberi kekuatan untuk melakukan perubahan .
 
nak tau sapa ahli panelnya ?
mesti nak kan .. :)
sebagai bukti .. meh nak tunjuk gambar .


itu dia !
agak glamor orangnya .
Ustazah Fatimah Syarhah Nordin dan Ustazah Yazidah Yahya .
mungkin Ustazah Yazidah xberapa nak kenal ..

Mmmm ..
semalam baru je abis baca satu buku karya Ustazah Fatimah .
buku yang bertajuk "Pemilik Cintaku" .
Ya Allah , best sangat cerita 2 ..
rasa macam x sabar-sabar nak kawen pun ada .
walaupun buku tu dah lama , rasa-rasa mase matrikulasi dah keluar , tapi biasalah ...
aku sememangnya lambat mengetahui perkembangan .. hehe :P
kepada yang x baca lagi tu , cepat-cepat baca ..

Rebutlah cinta hakiki sebelum datangnya cinta duniawi 


x sangka pulak dapat jumpa depan-depan dengan ustazah :)
lembut betul orangnya ..


bercita-cita untuk menjadi seperti itu .
doakan :)

* still waiting !

Wednesday, May 9, 2012

never change !



speechless !
fikiran berkecamuk .
perasaan berbolak balik .
( thanx blog ! setia menemaniku )

kecewa pun ada .
* ni sebab takot nak sayang lebih lebih*
Ya Allah !

Maaf, mungkin selama ni aku bukanlah sahabat yang baik .
Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu .
Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih .
Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih .
Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami .
Maaf, aku hanya hamba yang biasa .
kerana kelemahan itu, aku sering panjatkan doaku dikesempatan yang ada .
Moga Allah sentiasa menyayangimu .
Kerana siapa pun kamu , kamu itu SAHABATKU .


~ wahai pemilik cintaku ... bila kau mahu menjelma ?


Saturday, May 5, 2012

salahkah mereka ?


salam :)
nak share sedikit pengalaman aku semasa di Taiping ( Rumah Warga Emas Sri Kenangan )

 

sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dewan tempat kami mengadakan aktiviti, hanya doa dapat aku pohonkan kpd Yang Esa ...
melihat ibu-ibu dan bapa-bapa yang serba kedaifan ..
di jaga dan diberi kebahagiaan yang lengkap...
luaran mungkin kami boleh lihat keseronokan mereka bermain bersama kami ..
tetapi kami tidak mengetahui segala yang tersirat , apa yang mereka pendam kan ..
Ya Allah berikanlah mereka kebahagiaan yang hakiki ..
 
sempat aku berborak-borak dengan salah seorang makcik di situ ...
dia mengukir senyuman kepadaku ..
lantas, terus aku menyapanya ..
excited sebenarnye nak tahu kisah hidupnya ..
agak menyayat hati ...
aku cuba menahan airmata yang mahu mengalir ..
namun aku menyekanya, risau takot2 makcik perasan ..
niatku ingin meringankan bebannya untuk meluahkan ...
ku doakan semoga makcik di beri kesenangan di akhirat kelak ..
aminn ...
 

apabila bermulanya aktiviti berikutnya , 
iaitu gotong-royong membersihkan kediaman makcik-makcik di situ..
aku diberi sedikit lagi kesempatan untuk berborak-borak dengan seorang lagi makcik .
pada waktu ini jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari ..
pada waktu ini, mereka telahpun dihidangkan makanan tengahari .
apa yang menyentuh hatiku ...
makcik ni sangat bersemangat tunggu untuk mengikuti aktiviti seterusnya ..
dia duduk di hadapan dewan sambil menghadap jalan raya ..
tanpa membuang masa, aku menyapanya ..
dan menarik satu kerusi berhampiran dan menghadapnya ...
 " makcik sihat ?" sapaku .
"humm ", jawab makcik.
pada fikiranku , makcik xnak bercerita kepadaku , dengan kata lain makcik lebih suka menyimpan segalanya sendiri ...
beberapa minit aku diam, lalu ...
"makcik suka tengok kereta ke"tanya ku ...
"nanti ade bas lalu sini" kata makcik.
aku terfikir, mengapa makcik berkata sedemikian .
"knp dengan bas makcik?"tanpa ragu2 aku bertanya ...
"anak makcik balik sekolah jap lagi, anak sorang 2 je makcik ade"...
"ooo (muka slumber je ), berapa umur anak makcik?
"2 tahun ....
dup ! terkejut aku mendengarnya , terus airmata ku mengalir tanpa diseka lagi ..
aku bangun dan terus meminta diri untuk melakukan tugasan seterusnya ...
banyak juga aku mengetahui cerita tentang makcik ..
semoga anak makcik diberi hidayah oleh Allah ..
 
x lupa juga kepada bapa-bapa disitu ...
lagilah menyentuh hatiku ...
kenapa mereka dilakukan sedemikian ...
mane anak2 mereka ...
aku amat tersentuh apabila berdiri dibelakang salah seorang pakcik...
dan membayangkan wajah ayahku ...
Ya Allah, sesungguhnya aku merindui ayahku ...
aku cuba melayan pakcik2 disana sebaik mungkin...
semoga apa yang aku lakukan di dunia ini dapat meringankan beban ayahku disana ...
 
betapa seronokya mereka dilayan oleh kami warga biro penginapan dan kemasyarakatan ..
apatah lagi jika keluarga mereka ada bersama .
xdapat digambarkan dengan kata-kata perasaan disaat ini.
pintaku semoga anak-anaknya sedar dan segeralah bertaubat ..
ambil dan peliharalah ibu bapa kamu sebelum mereka pergi mengadap Ilahi ..
 
haa .. ade seorang pakcik ..
bertubi2 meluahkan rasa terima kasihnya kpd kami ..
terbit perasaan bangga dengan mereka kerana bersemangat dan mampu juga mengukir senyuman ...
aku tahu, mereka redha ...
 
kepada ibuku ...
aku sangat menyayanginya ..
aku berjanji tidak sesekali abaikan mak ..
selagi hayatku ada, mak akan di bawah jagaan ku ..
YaAllah, kau perkenankanlah doa ku ...