Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu Mak

. Alhamdulillah untuk hari ini dan selamanya .
Di facebook , kebanyakan status berbaur kesedihan angkara esok adalah hari ibu . tapi bagi aku , sebenarnya tiada hari yang khusus untuk seorang ibu . hari-hari adalah hari yang patut diraikan untuk ibu kita . biarlaa mereka . aku dengan prinsip aku . dah sangat lewat untuk menelefon mak . aiyoo . kenapa tadi tak call . syahdu pulak tiba-tiba . aku fikir mesti mak pun sedih kalau anak-anak mereka tidak ungkapkan perkataan Selamat Hari Ibu kepadanya . mesti punya . aku tak kata mak berharap . tapi seorang ibu mesti mahukan penghargaan dari anak-anak mereka .
mak .
kita bukanlah seorang anak yang cukup hebat di mata mak .
tapi yakin la, bahawa anakmu ini sangat ingin membahagiakan mak dunia dan akhirat .
tiada hadiah yang lumayan dapat diri ini berikan selain sebuah kejayaan serta bekalan kasih sayang dan perasaan hormat kepada mak .
iringan doa akan sentiasa diungkapkan sehingga akhir hayat kita mak .

terima kasih kerana membesarkan kami .
tanpa mak , sapa la kami di dunia ini .


mak seorang yang sangat tabah . tak pernah aku melihat air mata mak mengalir . semoga mak sentiasa dirahmati dan diredhai selalu olehNya .

rindu arwah :' ( 

aku doakan mak dan abah sentiasa dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh . 
Ya allah , kau masukkan ibu bapa ku ke syurga mu . 

till then , Assalamualaikum 
 pesanan : tanpamu , aku bukan siapa-siapa .


 

No comments: