aishh begitu lama pulak loadingnya
blog aku ni. dah lama tak update cerita bosan tentang diri ni. perkembangan
yang tak berkembang-kembang dan seantero dengannya la. bosan nya rasa kalau
hidup hanya untuk makan.tido.bangun.makan.tido.bangun. kata orang tak
berkembang langsung sel-sel otak .actually orang tak kata, aku ni haa yang kata
sebab for sure aku yang tengah lalui ni. adoiii bosan baq hang !
alkisah,
lepas je abis blaja of course aku nanti-nantikan hari konvo. laa ni dah konvo.
apa lagi yang perlu aku nantikan selain kerja! tapi ingat senang ke nak dapat
kerja sekarang ? panggilan IV daripada kementerian pun belum ada bau lagi ni.
so, sampai bila harus aku duduk goyang kaki sahaja? argghhhh buntu aku jadinya.
rezeki Allah takde sapa tau. mungkin esok.mungkin lusa..yang penting sabar dan
banyakkan doa ye tidak? ya itu semestinya.
tapi
korang dapat rasa tak apa yang aku rasa sekarang? dimana aku rasa sangatlah
tidak berwawasan seseorang tu hanya duduk di rumah tanpa membuat sebarang
pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil macam dapat $$$$ . everyone deserve for
it right?
beberapa
hari lepas, ada jugak datang Selangor ni untuk iv sekolah swasta.
unfortunately, three of us tak dapat kerja tu? aishhh asal pulak kan. sedangkan
kami ada basic mengajar kot. ntahla, sekolah tu nak criteria macam mana. tak
nak persoalkan sebab tu semua rezeki dari Allah. sapa kita nak persoalkan.
kerja Dia.
so sekarang aku nak cerita apa sebenarnya ni sebab dah pening sangat dah memikirkan masa depan aku ni . *tipu sangat*. cepatla KPM panggil la kami IV pastu dapat posting pastu dapat tolong mak . pastu dapat beli apa yang di idamkan. dengar tak KPM ?!
See ! dah nak jadi orang gila dah aku ni . mohon KPM ambil tindakan segera kalau tak mau ramai rakyat UPSI jadi gila ! * nada marah*
sepanjang aku hidup selepas tamat belajar ni kan , baru aku dapat rasakan begitu sangat amat very important alam pekerjaan bagi manusia ni . pekerjaan ni sangat penting. nak-nak orang yang dah lalui alam rumahtangga . kalau orang yang single macam aku ni yang tak terikat dengan sapa2 pun penting jugak tapi takla sepenting mereka . kenapa aku cakap macam ni sebab mereka perlukan duit utk kehidupan untuk anak2 untuk keperluan. berbanding aku, hanya nak duit utk keperluan . eee mesti tak faham apa aku maksudkan kan? biar la. aku faham. tu penting ! haha . itulah , manusia sangat perlukan pekerjaan .
Semalam baru dapat result yang aku and the geng pegi IV tu, so tak berjaya . bila tak berjaya tu apa ko rase ? aku rasa sangatlah down ! sebab aku ni jenis kalau aku nak kan sesuatu yang aku tak dapat , automatik hilang semua selera . nak gelak tak menjadi, lapar jadi kenyang . sebabnya , sedih la. apa yang nak tak dapat . bila aku muhasabah diri , baru la dapat bernafas dan berfikir sejenak yang mungkin perancangan Allah lebih baik dari perancangan aku dan geng tadi tu . sebab tu Allah taknak bagi lagi kerja tu kat aku etc .
bila mengadu domba kepada my bestfriend . Dia kasi ni
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
So, aku nak kata apa lagi . blurr tiba-tiba tu bertukar kepada senyuman disamping otak memikirkan perkara positif je . Insha Allah, ada rezeki tak kemana . hee . kepada manusia yang telah mendapat pekerjaan tetap dan pekerjaan halal, hargai lah ia . jangan curi tulang dalam pekerjaan . kalau nak curi tulang sangat, behenti kerja ! bagi kerja tu kepada kami yang sangat inginkan pekerjaan ni ! kikiki
perlu ke nak belanja gambar sekeping dua . aku rasa perlu la . haha. nak menunjuk sikit . bukan riak tapi nak bagi pengajaran. hanya sesiapa yang berfikiran positif je dapat dengar gambar ni berbicara . okay . till then, jumpa lagi . see yaa !
okay . Assalamualaikum :)