Saturday, October 31, 2015

Aĺlah Maha Tahu


Allahhummasollialamuhammad
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Masa sentiasa berjalan tanpa sempat aku mengejarnya. Pejam celik dah lama tinggalkan alam belajar. Sekarang stand for teaching. Ilmu yang Allah bagi eloklah sekiranya dimanfaatkan sebaik mungkin. Inshaallah may Allah reward us with his blessing.
Allah..everything with Allah guide. Allah aturkan yang terbaik buat hambaNya. Darah pendidik dah macam nak sebati dalam hidup ini. Allah lebih tau kan. Tak tersangka begini aturanNya buat diriku insan yang amat kerdil di muka buminya. Bagai mimpi Allah mengaburi doaku. Walaupun tak di postingkan lagi oleh KPM tak bermakna tujuan aku untuk medidik terkabul begitu saja. Moga semuanya baik baik aja.

Masa depan. Let give to Allah. Im just plan but I know Allah plan more better for me. Kalau ada jodoh tidak ke mana. People out there plez pray for my jodoh. Hahaha. 

Tuesday, November 18, 2014

Masa Depan


Assalamualaikum wbt

Dah lama tak bukak blog!!!!!
excited pulak kali ni .
 jadik, ni hasil copy paste aku dari word ke blog . hehe . tak sabar kan !

aishh begitu lama pulak loadingnya blog aku ni. dah lama tak update cerita bosan tentang diri ni. perkembangan yang tak berkembang-kembang dan seantero dengannya la. bosan nya rasa kalau hidup hanya untuk makan.tido.bangun.makan.tido.bangun. kata orang tak berkembang langsung sel-sel otak .actually orang tak kata, aku ni haa yang kata sebab for sure aku yang tengah lalui ni. adoiii bosan baq hang !
                alkisah, lepas je abis blaja of course aku nanti-nantikan hari konvo. laa ni dah konvo. apa lagi yang perlu aku nantikan selain kerja! tapi ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ? panggilan IV daripada kementerian pun belum ada bau lagi ni. so, sampai bila harus aku duduk goyang kaki sahaja? argghhhh buntu aku jadinya. rezeki Allah takde sapa tau. mungkin esok.mungkin lusa..yang penting sabar dan banyakkan doa ye tidak? ya itu semestinya.
                tapi korang dapat rasa tak apa yang aku rasa sekarang? dimana aku rasa sangatlah tidak berwawasan seseorang tu hanya duduk di rumah tanpa membuat sebarang pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil macam dapat $$$$ . everyone deserve for it right?  
                beberapa hari lepas, ada jugak datang Selangor ni untuk iv sekolah swasta. unfortunately, three of us tak dapat kerja tu? aishhh asal pulak kan. sedangkan kami ada basic mengajar kot. ntahla, sekolah tu nak criteria macam mana. tak nak persoalkan sebab tu semua rezeki dari Allah. sapa kita nak persoalkan. kerja Dia. 


so sekarang aku nak cerita apa sebenarnya ni sebab dah pening sangat dah memikirkan masa depan aku ni . *tipu sangat*. cepatla KPM panggil la kami IV pastu dapat posting pastu dapat tolong mak . pastu dapat beli apa yang di idamkan. dengar tak KPM ?!
See ! dah nak jadi orang gila dah aku ni . mohon KPM ambil tindakan segera kalau tak mau ramai rakyat UPSI jadi gila ! * nada marah*
sepanjang aku hidup selepas tamat belajar ni kan , baru aku dapat rasakan begitu sangat amat very important alam pekerjaan bagi manusia ni . pekerjaan ni sangat penting. nak-nak orang yang dah lalui alam rumahtangga . kalau orang yang single macam aku ni yang tak terikat dengan sapa2 pun penting jugak tapi takla sepenting mereka . kenapa aku cakap macam ni sebab mereka perlukan duit utk kehidupan untuk anak2 untuk keperluan. berbanding aku, hanya nak duit utk keperluan . eee mesti tak faham apa aku maksudkan kan? biar la. aku faham. tu penting ! haha . itulah , manusia sangat perlukan pekerjaan .

Semalam baru dapat result yang aku and the geng pegi IV tu, so tak berjaya . bila tak berjaya tu apa ko rase ? aku rasa sangatlah down ! sebab aku ni jenis kalau aku nak kan sesuatu yang aku tak dapat , automatik hilang semua selera . nak gelak tak menjadi, lapar jadi kenyang . sebabnya , sedih la. apa yang nak tak dapat . bila aku muhasabah diri , baru la dapat bernafas dan berfikir sejenak yang mungkin perancangan Allah lebih baik dari perancangan aku dan geng tadi tu . sebab tu Allah taknak bagi lagi kerja tu kat aku etc . 

bila mengadu domba kepada my bestfriend  . Dia kasi ni 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

So, aku nak kata apa lagi . blurr tiba-tiba tu bertukar kepada senyuman disamping otak memikirkan perkara positif je . Insha Allah, ada rezeki tak kemana . hee . kepada manusia yang telah mendapat pekerjaan tetap dan pekerjaan halal, hargai lah ia . jangan curi tulang dalam pekerjaan . kalau nak curi tulang sangat, behenti kerja ! bagi kerja tu kepada kami yang sangat inginkan pekerjaan ni ! kikiki

perlu ke nak belanja gambar sekeping dua . aku rasa perlu la . haha. nak menunjuk sikit . bukan riak tapi nak bagi pengajaran. hanya sesiapa yang berfikiran positif je dapat dengar gambar ni berbicara . okay . till then, jumpa lagi . see yaa !





okay . Assalamualaikum :)

Sunday, April 13, 2014

Life Back to Normal ?

Alhamdulillah atas nikmatMu
Lebih kurang berbaki 2 bulan lagi untuk memegang title student UPSI. 
Ohh ! tak percaya rasanya . 
Nak kata cepatnya masa berlalu macam tak sesuai kot sebabnya lama sangat nak habiskan 4 tahun ni .
4 tahun beb ! masa yang sangat panjang sangat lama sangat memeritkan sangat memenatkan sangat stress sangat haru kadangkadang tu .
Can you get into my shoes now ?
hari hari buat perkara yang sama .
hari hari kena pegi kelas , kuiz , test , assignment , final exam . then semester break then continue study semula masuk semester baru then ulang semula lima perkara tersebut .
fuhh ! you get me now?
Mujur kuat . Mujur fikir panjang . Mujur aku enjoy semuanya . Mujur tau . kalau tak mujur , macam mana la gamaknya kan .
macam mana hari hari mendatang kalau tak kuat untuk hadapi cabaran , dugaan , kestresan sewaktu belajar ni . macam mana ?!
Jadi itulah kita ni mesti always back to fitrah . 
kenapa kita nak ada sifat negatif semua tu ?
penat lelah menuntut ilmu tu kan jihad .
Mati dalam berjihad adalah mati syahid .
Sapa tak nak .
uihhh .
Usah mengeluh . usah berfikir cara nak down .
But we must controlled ourselves from being like that , right ?
macam aku sedang buat sekarang ni la .
Hee~
Kepada pembaca setia (kalau ada) pray for my successful okay .
Doakan aku dapat menghabiskan saki baki hari yang tinggal sebagai pelajar tahun akhir ni berakhir dengan jayanya tahu . 
Terima kasih ! hanya Allah yang dapat membalasnya .
So, after this .......
its my life going back to normal ?
I dont think so because 
1) masakan nak kembali seperti biasa sebab umur dah meningkat
2) umur dah meningkat ni tak kan ada dah istilah main main semua tu
3) perlu serius untuk membina sebuah kehidupan
4) Dugaan kat luar sana berlambak lambak lagi
5) dah tak boleh duk goyang kaki lagi  :( 
6) kena jadi seorang yang dewasa untuk menguruskan kewangan sendiri habaq hang 
7) lagi, lagi, dan lagi .
ishh ishh stress datang semula dah . dia mai dah dia mai dah .
adoiii asyik mengeluh je 
its normal thing la der 
kan ?
its okay . just follow the flow as i said before .
................
esok dah nak balik tanjung malim dah untuk kali terakhir cuti mid semester ni .
so , perasaan sekarang ni hanya Allah yang tahu sebabnya yang terakhir dah kan .
Tiba tiba rasa macam tak nak ada yang terakhir
Istilah terakhir ni aku tak gemar sangat sangat 
aku anti gila kat dia ni 
aku tak suka !
eee tak suka sangat 
 sebab ?
 the main thing is i didnt want to separate with my beloved friend .
Aku sayang mereka .
Sayang yang sangat bermaksud 
perit gentir disana aku bersama mereka
mereka mendorong aku untuk bangkit kehadapan
tanpa mereka sedar semua ni , they are my backbone
( okay, aku tak kejam . family tu memang pendorong utama tapi skrg ni aku nak story pasal friend je)
aku tahu , lepas lepas ni memang susah sangat nak jumpa mereka dah .
aishh sedihh
okay . stop .
sedang merindui seseorang
Till then , Assalamualaikum WBT :)