sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dewan tempat
kami mengadakan aktiviti, hanya doa dapat aku pohonkan kpd Yang Esa ...
melihat ibu-ibu dan bapa-bapa yang serba kedaifan
..
di jaga dan diberi kebahagiaan yang lengkap...
luaran mungkin kami boleh lihat keseronokan mereka
bermain bersama kami ..
tetapi kami tidak mengetahui segala yang tersirat ,
apa yang mereka pendam kan ..
Ya Allah berikanlah mereka kebahagiaan yang hakiki
..
sempat aku berborak-borak dengan salah seorang
makcik di situ ...
dia mengukir senyuman kepadaku ..
lantas, terus aku menyapanya ..
excited sebenarnye nak tahu kisah hidupnya ..
agak menyayat hati ...
aku cuba menahan airmata yang mahu mengalir ..
namun aku menyekanya, risau takot2 makcik perasan
..
niatku ingin meringankan bebannya untuk meluahkan
...
ku doakan semoga makcik di beri kesenangan di
akhirat kelak ..
aminn ...
apabila bermulanya aktiviti berikutnya ,
iaitu gotong-royong membersihkan kediaman
makcik-makcik di situ..
aku diberi sedikit lagi kesempatan untuk
berborak-borak dengan seorang lagi makcik .
pada waktu ini jam menunjukkan pukul 12.30
tengahari ..
pada waktu ini, mereka telahpun dihidangkan makanan
tengahari .
apa yang menyentuh hatiku ...
makcik ni sangat bersemangat tunggu untuk mengikuti
aktiviti seterusnya ..
dia duduk di hadapan dewan sambil menghadap jalan
raya ..
tanpa membuang masa, aku menyapanya ..
dan menarik satu kerusi berhampiran dan
menghadapnya ...
" makcik sihat ?" sapaku .
"humm ", jawab makcik.
pada fikiranku , makcik xnak bercerita kepadaku ,
dengan kata lain makcik lebih suka menyimpan segalanya sendiri ...
beberapa minit aku diam, lalu ...
"makcik suka tengok kereta ke"tanya ku
...
"nanti ade bas lalu sini" kata makcik.
aku terfikir, mengapa makcik berkata sedemikian .
"knp dengan bas makcik?"tanpa ragu2 aku
bertanya ...
"anak makcik balik sekolah jap lagi, anak
sorang 2 je makcik ade"...
"ooo (muka slumber je ), berapa umur anak
makcik?
"2 tahun ....
dup ! terkejut aku mendengarnya , terus airmata ku
mengalir tanpa diseka lagi ..
aku bangun dan terus meminta diri untuk
melakukan tugasan seterusnya ...
banyak juga aku mengetahui cerita tentang makcik ..
semoga anak makcik diberi hidayah oleh Allah ..
x lupa juga kepada bapa-bapa disitu ...
lagilah menyentuh hatiku ...
kenapa mereka dilakukan sedemikian ...
mane anak2 mereka ...
aku amat tersentuh apabila berdiri dibelakang salah
seorang pakcik...
dan membayangkan wajah ayahku ...
Ya Allah, sesungguhnya aku merindui ayahku ...
aku cuba melayan pakcik2 disana sebaik mungkin...
semoga apa yang aku lakukan di dunia ini dapat
meringankan beban ayahku disana ...
betapa seronokya mereka dilayan oleh kami warga
biro penginapan dan kemasyarakatan ..
apatah lagi jika keluarga mereka ada bersama .
xdapat digambarkan dengan kata-kata perasaan disaat
ini.
pintaku semoga anak-anaknya sedar dan segeralah
bertaubat ..
ambil dan peliharalah ibu bapa kamu sebelum mereka
pergi mengadap Ilahi ..
haa .. ade seorang pakcik ..
bertubi2 meluahkan rasa terima kasihnya kpd kami ..
terbit perasaan bangga dengan mereka kerana
bersemangat dan mampu juga mengukir senyuman ...
aku tahu, mereka redha ...
kepada ibuku ...
aku sangat menyayanginya ..
aku berjanji tidak sesekali abaikan mak ..
selagi hayatku ada, mak akan di bawah jagaan ku ..
YaAllah, kau perkenankanlah doa ku ...